
Perseorangan badminton lelaki No.1 tanah air, Lee Zii Jia akan meneruskan karier badmintonnya pada dengan bimbingan bekas pemain antarabangsa, Yeoh Kay Bin selaku ketua jurulatihnya.
Pengumuman Kay Bin, 44 tahun, selaku ketua jurulatih bagi pemain berusia 26 tahun itu disahkan sendiri oleh pasukannya, Team LZJ, menerusi perkongsian di pelbagai platform media sosial, pada Rabu.
“Selamat datang kepada Ketua Jurulatih Baharu, Yeoh Kay Bin,”
“Kay Bin, bekas pemain antarabangsa untuk Malaysia membawakan pengalaman kejurulatihan yang luas di peringkat tempatan dan antarabangsa,”
“Beliau menyertai pasukan untuk menyambung perkembangan Lee Zii Jia ke fasa seterusnya dalam kariernya,” tulis kapsyen oleh Team LZJ.
Sebelum ini, Kay Bin, yang pernah merangkul pingat gangsa Kejohanan Asia dan menghuni ranking ke-12 dunia merupakan ketua jurulatih bagi sebuah akademi berpangkalan di Petaling Jaya iaitu New Vision Badminton Academy (NVBA).
Untuk makluman, Team LZJ terpaksa mengumumkan pelantikan ketua jurulatih baharu berikutan Wong Tat Meng, ketua jurulatih semasa, akan meninggalkan mereka pada penghujung bulan ini.
Featured Image: Team LZJ