
Kelibat perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia tidak akan kelihatan di saingan pembuka Jelajah Dunia BWF bagi tahun ini, Terbuka Malaysia 2025.
Ini susulan pasukannya, Team LZJ mengesahkan pemain berusia 26 tahun terbabit tidak akan menyertai saingan yang akan berlangsung dari 7hb hingga 12hb Januari hadapan bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Alasannya, kecederaan pada buku lali kiri Zii Jia yang menimpanya ketika beraksi di Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 belum pulih sepenuhnya.
Bukan itu sahaja, penyertaan Zii Jia dalam dua pertandingan seterusnya iaitu Terbuka India 2025 (16hb-21hb Januari) dan Masters Indonesia 2025 (23hb-28hb Januari) juga masih dalam pertimbangan pasukannya.
Pada tahun lalu, penyertaan Zii Jia dalam saingan Terbuka Malaysia berakhir di Pusingan 32 susulan tewas di tangan pemain China, Lu Guang Zhu.
Featured Image: VICTOR