Fergus Tierney Sertai Kelab Liga Thai 1 – Nakhonpathom United
January 6, 2025 Hafizuddin Omar

Penyerang skuad kebangsaan berketurunan Scotland, Fergus Tierney kini sah menjadi pemain bagi kelab yang bersaing dalam kancah Liga Thai 1.

Perkembangan tersebut hadir susulan Nakhonpathom United atau nama julukannya The King Tiger mengumumkan mengikat khidmat Tierney yang berusia 21 tahun tersebut secara rasmi menerusi pelbagai platform media sosialnya.

View this post on Instagram

A post shared by NPTUTD Official (@nakhonpathom_united)

Difahamkan, Nakhonpathom United mendapatkan khidmat Tierney secara pinjaman daripada kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Untuk makluman semua, Nakhonpathom United kini berada di tangga ke-15 Liga Thai 1 – zon penyingkiran – selepas mengharungi 15 perlawanan pada musim 2024-25.

Kelibat Tierney bersama Nakhonpathom United dijangka dapat disaksikan pada 11hb Januari kelak apabila skuad bimbingan Thongchai Sukokki bertemu pasukan yang menghuni tangga ketujuh liga, Nakhon Ratchasima.

Featured Image:  Nakhonpathom United

Komen