
Kemunculan perseorangan lelaki No.1 negara, Lee Zii Jia dalam kejohanan badminton antarabangsa bagi tahun 2025 tertangguh lagi.
Menerusi satu kenyataan media yang dikongsikan oleh pasukannya, Team LZJ, pemain berusia 26 tahun terbabit disahkan tidak dapat menyertai kejohanan Terbuka India 2025 dan Masters Malaysia 2025.
Ini susulan Zii Jia masih meneruskan proses pemulihannya berikutan kecederaan buku lali pada kaki kirinya yang menimpanya ketika beraksi di Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 pada Disember lalu.
“Team LZJ dengan bantuan pakar perubatan akan terus memantau kecederaan Zii Jia untuk mempersiapkan dengan sebaiknya untuk kejohanan yang ada untuk disertai.” tulis kenyataan itu.
Perkembangan ini dikhabarkan oleh Team LZJ setelah mengesahkan Zii Jia tidak dapat menyertai kejohanan pertama Jelajah Dunia BWF bagi tahun 2025 iaitu Terbuka Malaysia yang berlangsung di Axiata Arena pada 3hb Januari lalu.
Featured Image: Facebook Victor