
Naib juara Masters China 2024 merangkap beregu campuran No.4 negara, Hoo Pang Ron & Cheng Su Yin terpaksa akur kandas awal dalam saingan Terbuka Malaysia 2025.
Ianya gara-gara gandingan pemain berusia 26 dan 21 tahun masing-masing ini dikejutkan oleh beregu yang menghuni ranking ke-51 dunia dari Chinese Taipei, Lu Ming Che & Hung En-Tzu pada peringkat pusingan 32, sebentar tadi.
Pertembungan melibatkan kedua-dua beregu ini berlangsung sengit dengan mengambil masa lebih satu jam lamanya sebelum dinoktahkan oleh Ming Che & En-Tzu menerusi skor 26-28, 21-14 dan 22-24.
Kejutan ini juga menyaksikan Ming Che & En-Tzu dapat membalas dendam terhadap kekalahan ketika julung kalinya bertemu Pang Ron & Su Yin di Terbuka Macau 2024.
Ketika itu, Ming Che & En-Tzu tewas secara “straight set” menerusi skor 15-21 dan 13-21 di tangan Pang Ron & Su Yin.
Sementara itu, selaku pemenang, Ming Che & En-Tzu dapat meneruskan kemaraan ke pusingan 16 bagi saingan bertaraf Super 1000 ini.
Pada peringkat tersebut, Ming Che & En-Tzu akan bertembung samada beregu campuran No.1 Malaysia merangkap finalis Jelajah Dunia Akhir BWF 2024, Chen Tang Jie & Toh Ee Wei atau beregu senegaranya yang berada di ranking ke-40, Wu Hsuan-Yi & Yang Chu Yun.
Featured Image: BAM