Terbuka Malaysia: Beregu No.80 Dunia Kejutkan Pearly-Thinaah
January 7, 2025 Hafizuddin Omar

Gandingan Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan yang diletakkan selaku pilihan ketiga kejohanan hanya dapat beraksi satu perlawanan sahaja di saingan Terbuka Malaysia pada tahun ini.

Ianya berikutan beregu wanita No.1 negara terbabit dikejutkan oleh beregu bukan pilihan dari Indonesia yang menghuni ranking ke-80 dunia, Lanny Tri Mayasari dan Siti Fadia Silva Ramadhanti pada peringkat pusingan 32, sebentar tadi.

Dalam pertarungan tersebut, Pearly-Thinaah bermula dengan baik apabila melakar kemenangan 21-19 pada set pertama. 

Bagaimanapun, rentak kemenangan mereka hilang pada set kedua apabila tewas di tangan Lanny-Siti Fadia menerusi skor 14-21 sebelum turut tewas pada set penentuan dengan keputusan 13-21.

Hasil daripada kemenangan ini, Lanny-Siti Fadia yang melangkah ke pusingan 16 akan bertemu beregu Chinese Taipei, Hsu Yin-hui dan Lin Jhih Yuh yang berada di ranking ke-26 dunia untuk merebut tiket ke peringkat suku akhir.

Featured Image: Olympic Council of Malaysia

Komen