Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei Menang Bergaya Ke Suku Akhir
Hafiz Omar

Beregu campuran No.1 negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei berhasil mencetak kemenangan bergaya di pusingan 16 sekaligus melangkah ke suku akhir Terbuka Malaysia 2025.
Gandingan pemain berusia 27 dan 24 tahun masing-masing itu melakar kemenangan tersebut ketika bertemu beregu Chinese Taipei yang menghuni ranking ke-51 dunia, Lu Ming Che dan Hung En-Tzu.
Tang JIe-Ee Wei yang diiringi sokongan padu penyokong sendiri melakar kemenangan secara “straight set” menerusi skor 21-8 dan 21-13 dalam tempoh masa sekitar setengah jam sahaja.
Di peringkat suku akhir, Tang Jie-Ee Wei, pilihan ketiga kejohanan, akan berhadapan dengan beregu Jepun, Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito yang menghuni ranking ke-14 dunia untuk merebut tiket separuh akhir.
Untuk makluman, Hiroki-Natsu mara selepas mengejutkan pilihan kelima kejohanan dari Indonesia, Dejan Ferdinansyah dan Gloria Emanuelle Widjaja secara “straight set” menerusi skor 21-17 dan 21-17 dalam masa 42 minit.
Menariknya, perjalanan Tang Jie-Ee Wei di Terbuka Malaysia pada tahun lalu ternoktah di pusingan 16 selepas tewas kepada Hiroki-Natsu selepas tewas secara “straight set” menerusi skor 22-24 dan 14-21.
Featured Image: BAM