
Bekas ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan bawah 23 tahun (B-23), Juan Torres Garrido tidak menganggur lama setelah khidmatnya tidak diserap dalam penstrukturan baharu skuad Harimau Malaya mahupun Harimau Muda.
Pada Selasa lalu, kelab yang beraksi dalam kancah Liga 1 Indonesia, Persis Solo bimbingan Datuk Ong Kim Swee mengumumkan mendapatkan khidmat Torres yang berusia 44 tahun kelahiran Sepanyol.
Pemegang Lesen Pro UEFA itu diikat oleh skuad berjulukan Laskar Sambernyawa sebagai penolong jurulatih kepada Kim Swee untuk mengharungi baki saingan musim 2024-25.
Untuk makluman, Persis kini berada di tangga ke-16 liga – zon penyingkiran. Sebagai tambahan, sejak Kim Swee mengemudinya, Laskar Sambernyawa juga belum berhasil mencetak sebarang kemenangan.
Sehari sebelum mengumumkan kedatangan Torres, Persis yang berpangkalan di Surakarta turut mengikat khidmat pertahanan Brazil yang meninggalkan Kedah Darul Aman FC iaitu Cleylton Santos.
Featured Image: PERSIS SOLO