Terbuka Malaysia: Soon Huat-Shevon Bertembung Beregu No.3 China Di Suku Akhir
January 9, 2025 Hafizuddin Omar

Beregu campuran negara yang bergerak secara bebas (independent), Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai akan bertemu pasangan No.3 China, Cheng Xing dan Zhang Chi pada peringkat suku akhir Terbuka Malaysia 2025.

Pertembungan itu terhasil susulan Soon Huat-Shevon berhasil mengatasi cabaran beregu India, S. Karanukaran dan Adaya Variyath pada pusingan 16, sebentar tadi.

Dalam pertembungan itu, Soon Huat-Shevon yang juga pasangan suami isteri mencatatkan kemenangan bergaya secara “straight set” menerusi skor 21-10 dan 21-17 dalam masa sekitar setengah jam.

Sementara itu, gandingan Cheng-Zhang yang turut diletakkan selaku pilihan kelima kejohanan mara selepas menyingkirkan beregu India yang menghuni ranking ke-69 dunia, Dhruv Kapila dan Tanisha Crasto.

Featured Image: BAM

Komen