
Pemenang dua pingat gangsa Sukan Olimpik, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Terbuka Malaysia 2025 selepas dua perlawanan.
Ini susulan beregu yang menghuni ranking keenam dunia itu dikejutkan oleh gandingan No.27 dunia dari Chinese Taipei, Lee Fang-chih dan Lee Fang-jen pada pusingan 16, sebentar tadi.
Lebih malang, Aaron-Wooi Yik tewas pertarungan itu secara “straight set” menerusi skor 14-21 dan 18-21 dalam tempoh masa 47 minit.
Bahkan, keputusan pada hari ini menyaksikan julung kalinya Aaron-Wooi Yik tewas di tangan Fang-chih dan Fang-je yang juga adik beradik kembar selepas bertemu sebanyak tiga kali di kejohanan antarangbangsa.
Tersingkirnya Aaron-Wooi Yik pada pusingan 16 ini menjadikan mereka gagal mengulangi pencapaian pada edisi lalu iaitu mara sehingga ke peringkat suku akhir bagi saingan Jelajah Dunia BWF Super 1000 ini.
Featured Image: BAM