BAM Lantik Herry IP Selaku Ketua Jurulatih Beregu Lelaki Kebangsaan – Kontrak 4 Tahun
January 11, 2025 Hafizuddin Omar

Individu yang membimbing beregu lelaki Indonesia, Candra Wijaya-Tony Gunawan dan Hendra Setiawan-Markis Kido memenangi pingat emas di Sukan Olimpik iaitu Herry Iman Pierngadi dilantik sebagai Ketua Jurulatih Beregu Lelaki Kebangsaan yang baharu.

Pengumuman pelantikan jurulatih berstatus legenda berusia 62 tahun itu dilakukan sendiri oleh Pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk V. Subramaniam dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Ahli Majlis BAM di Axiata Arena, pada hari ini.

Kedatangan Herry atau nama julukannya, Naga Api adalah untuk menggantikan ketua jurulatih beregu lelaki, Tan Bin Shen yang akan meninggalkan BAM untuk menyertai badan induk badminton bagi sebuah negara lain di asia selepas berakhirnya Terbuka Malaysia 2025.

Subramaniam turut memaklumkan Herry diberikan kontrak selama empat tahun sekaligus menyaksikannya akan membimbing pemain-pemain beregu lelaki negara sehingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Jurulatih yang turut membimbing gandingan berbisa Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo atau dikenali sebagai ‘The Minions’ itu akan memulakan tugasnya secara rasmi bersama BAM pada 1hb Februari kelak.

Featured Image: BAM

Komen