Perjalanan beregu campuran No.2 negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai untuk menempuh saingan badminton musim 2025 mendapat penajaan berterusan daripada syarikat perladangan, pengilangan dan pemaju hartanah iaitu Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK).
Ini selepas syarikat tersebut bersetuju untuk memperbaharui penajaannya terhadap Soon Huat-Shevon menggambarkan komitmen berterusannya untuk menyokong bakat sukan tempatan dan merangsang kebanggaan negara.
Bagaimanapun, tiada sebarang pendedahan bentuk penajaan serta jumlah penajaan dikongsikan oleh KLK terhadap Soon Huat-Shevon dikongsikan kepada pihak umum.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian penajaan ini, Soon Huat-Shevon yang merupakan pasangan suami isteri akan berkhidmat sebagai Duta Jenama KLK untuk produk-produk Davoslife Science termasuk DavosLife E3 Complete Tocotrienols dan Revive Skin Care BeauE Collagen.
Selain itu, KLK juga meneruskan sokongan kepada jurulatih, Teo Kok Siang bagi memastikan beregu ini mendapat sumber secukupnya untuk tampil cemerlang pada tahun-tahun berikutnya.
Soon Huat-Shevon berhasil memulakan musim 2025 ini dengan agak cemerlang apabila berjaya mara sehingga ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan pertama disertainya pada tahun ini, Terbuka Malaysia 2025 – Jelajah Dunia BWF Super 1000.
Featured Image: KLKCare