
“Terima kasih YAB Perdana Menteri,” itu yang diucapkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Dato’ Haji Hamidin Mohd Amin setelah Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan tambahan peruntukan sebanyak untuk pembangunan bola sepak negara.
Tambahan tersebut berjumlah RM15 juta dimana ianya akan dibiayai oleh pihak swasta. Ianya diberikan selepas Anwar yang juga Menteri Kewangan telah memperuntukkan sebanyak RM15 juta buat skuad kebangsaan berjulukan Harimau Malaya ketika membentangkan Belanjawan 2025 pada Oktober lalu.
Perkembangan Ini menyaksikan FAM selaku badan induk bola sepak tanah air menerima peruntukan berjumlah RM30 juta khusus kemajuan dan pembangunan bola sepak negara.
Hamidin dalam satu kenyataan berikrar akan memanfaatkan tambahan peruntukan tersebut bagi meningkatkan program-program pembangunan Harimau Malaya pada setiap peringkat, mempersiapkan pasukan utama agar lebih kompetitif dan memacu perubahan bagi memastikan para pemain skuad kebangsaan mendapat sokongan yang terbaik.
Kesemua yang dinyatakan Hamidin itu turut dituntut oleh Anwar ketika mengumumkan tambahan peruntukan tersebut pada Ahad lalu.
Featured Image: FAM