Ranking BWF: Chen Tang Jie & Toh Ee Wei Kini No.3 Dunia – Tertinggi Dalam Karier
Hafiz Omar

Gandingan Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei berjaya menempatkan diri mereka di kedudukan ketiga dalam Ranking Dunia buat julung kalinya sejak digandingkan bersama sekitar penghujung tahun 2022.
Kedudukan itu dihuninya secara rasmi selepas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) melakukan kemaskini terhadap Ranking Dunia pada hari ini – meningkat satu anak tangga berbanding pada minggu lepas.
Kemaskini itu menyaksikan Tang Jie-Ee Wei yang mara ke peringkat separuh akhir Terbuka Malaysia 2025 mengumpul 76,390 mata secara keseluruhan daripada 10 kejohanan terbaik yang disertai dalam tempoh 52 minggu lalu.
Sementara itu, pasangan suami isteri, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai yang turut mara ke separuh akhir Terbuka Malaysia 2025 turut merekodkan peningkatan satu anak tangga dalam kemaskini pada kali ini.
Peningkatan itu meletakkan mereka di kedudukan keempat dunia hasil mengumpul 75,070 mata.
Sementara itu, beregu China, Feng Yan Zhe dan Huang Dong Ping masih utuh di kedudukan No.1 dunia dengan mengumpul 102,300 mata diikuti dengan sepasang lagi beregu China di kedudukan No.2 dunia, Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin – 94,000 mata.
Featured Image: BAM