Beraksi Di SSMZA Memang Sukar – Juan Muniz
January 15, 2025 Hafizuddin Omar

Beraksi di tempat lawan bukanlah sesuatu yang mudah dan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Juan Muniz melihat pasukannya perlu bekerja keras untuk meraih bekalan selesa daripada perlawanan pertama separuh akhir Piala Malaysia 2024-25. 

Skuad berjulukan Harimau Selatan bimbingan Hector Bidoglio bakal berkunjung ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) menentang untuk menentang Terengganu FC bagi aksi pertama tersebut, pada Jumaat ini. 

Tambahan pula, Muniz juga menjangkakan pertembungan yang sukar dengan Terengganu FC mengambil kiara momentum baik anak-anak buah Badrul Afzan selepas mencatatkan kemenangan besar ke atas Shan United FC dalam saingan Piala Shopee pada minggu lalu. 

“Kita semua tahu Terengganu FC ada ramai pemain-pemain yang bagus apatah lagi sekarang momentum mereka di tahap yang selesa selepas menang di kejohanan antarabangsa.”

“Jadi saya percaya perlawanan ini akan lebih sukar berbanding aksi Liga Super dengan kelebihan Terengganu FC sudah tentu beraksi di tempat mereka sendiri.”

“Memang sentiasa sukar beraksi di sana (SSMZA), tetapi kami ingin cuba ambil peluang seawal separuh masa pertama dan kita akan berjuang sehingga ke final,” katanya.

Terdahulu, JDT yang juga juara bertahan Piala Malaysia mara ke peringkat separuh akhir selepas membantai Kuala Lumpur City FC (KL City) dengan keputusan 6-1 secara agregat pada suku akhir.

Selain pertembungan dua finalis musim 2023 ini, satu lagi perlawanan separuh akhir yang berlangsung adalah pertemuan melibatkan Sabah FC dengan Sri Pahang FC di Stadium Likas, pada Sabtu.

Featured Image: JOHOR Souther Tigers

Komen