Terbuka India: Giliran Perseorangan Lelaki No.4 China Hantar Jun Hao Pulang

January 16, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Pada hari pertama Terbuka India 2025, Leong Jun Hao yang menghuni ranking ke-28 dunia mengejutkan perseorangan lelaki No.2 China, Li Shi Feng sekaligus menyingkirkan pemain tersebut daripada saingan Jelajah Dunia BWF Super 750.

Bagaimanapun, hari ketiga Terbuka India 2025 menyaksikan giliran Jun Hao, 25 tahun, terpaksa mengemaskan beg baju dan mengucapkan selamat tinggal kepada saingan ini dan pulang ke tanah air.

Ianya gara-gara Jun Hao tewas di tangan perseorangan lelaki No.4 China, Weng Hong Yang pada pusingan 16, sebentar tadi.

Dalam pertarungan tersebut, Jun Hao Hong tewas secara “straight set” menerusi skor 18–21 dan 12-21 dalam masa 44 minit di tangan Hong Yang yang menduduki ranking ke-21 dunia.

Keputusan ini bukan sahaja mengekang Jun Hao daripada mara ke peringkat suku akhir bahkan turut menambahkan rekod kekalahannya di tangan Hong Yang kepada dua kekalahan.

Berdasarkan rekod, Jun Hao dan Hong Yang pernah bertembung dua kali sebelum ini dengan kedua-duanya berhasil mencatatkan satu kemenangan dan satu kekalahan masing-masing.

Sebagai tambahan, Hong Yang yang meneruskan kempennya ke peringkat suku akhir akan bertembung dengan pemain tuan rumah menghuni ranking ke-38 dunia, Kiran George.

Featured Image: Thailand Open

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd