Bobby Gonzales Ketua Jurulatih Baharu Skuad Wanita Sabah
January 21, 2025 Hafizuddin Omar

Naib juara Liga Wanita Nasional (LWN) 2024, skuad bola sepak wanita Sabah kini mempunyai ketua jurulatih baharu bagi mengharungi saingan musim 2025.

Menerusi satu pengumuman rasmi, skuad terbabit akan dikemudi oleh bekas penyerang berbisa Borneo kelahiran Sabah yang memiliki Lesen Kejurulatihan AFC/FAM ‘A’ iaitu Bobby Gonzales.

Jurulatih yang bakal menginjak usia 41 tahun pada pertengahan Februari kelak merupakan penolong jurulatih skuad wanita Sabah musim lalu selain pernah menjadi penolong jurulatih bagi skuad lelaki Sabah FC II dan skuad bawah 19 tahun (B-19) lelaki Sabah FC.

View this post on Instagram

A post shared by @sabah_womens_team

Untuk makluman, kedatangan Bobby adalah bagi menggantikan ketua jurulatihnya sebelumnya, Justin Ganai yang dinaikkan pangkat menjadi Penolong Pengurus Skuad Wanita Sabah bagi musim 2025.

Sementara itu, dalam kenyataan yang sama pihak pengurusan turut mengumumkan pelantikan satu-satunya wanita yang mempunyai Lesen Kejurulatihan AFC/FAM ‘A’ iaitu Petronella Douny sebagai Penolong Jurulatih.

Sebagai tambahan, Petronella pernah mengendalikan skuad bola sepak wanita bawah 17 tahun (B-17) kebangsaan selaku ketua jurulatih.

Featured Image: Sabah Football Association Women’s Team

Komen