
Gandingan Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei yang diletakkan selaku pilihan pertama bagi sektor beregu campuran dalam saingan Masters Indonesia 2025 memulukan kempennya dengan langkah kanan.
Ianya bermula dengan Tang Jie-Ee Wei menumpaskan beregu Perancis yang menghuni ranking ke-49 dunia, Julien Maio dan Lae Palermo dengan mudah menerusi kemenangan secara “straight set” menerusi skor 21-14 dan 21-17 dalam masa sekitar setengah jam sahaja.
Kemenangan itu membawa mereka terus ke peringkat pusingan 16 bagi salah satu siri Jelajah Dunia BWF Super 500 itu.
Bagaimanapun, lawan seterusnya di peringkat terbabit belum ditentukan lagi namun ianya berkisar antara dua beregu iaitu Jafar Hidayatullah dan Felsiha Alberta (Indonesia / ranking 62) atau Li Ming Che dan Hung En-Tzu (Chinese Taipei / ranking 39).
Sebagai rekod, penyertaan Tang Jie-Ee Wei di Masters Indonesia tahun lalu terhenti setakat pusingan 16 selepas tewas di tangan beregu tuan rumah, Rehal Naufal dan Lisa Ayu.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia