Masters Indonesia: Jun Hao Kecundang Lagi Di Tangan Hong Yang

January 22, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Perseorangan lelaki No.2 negara, Leong Jun Hao mengulangi satu lagi episod kekalahan di tangan pemain China iaitu Weng Hong Yang.

Jun Hao diundi untuk bertemu pemain tersebut sekali lagi di pusingan 32 Master Indonesia 2025 pada hari ini selepas bertembung pada pusingan 16 di Terbuka India 2025, minggu lalu.

Seperti perlawanan yang berlangsung pada Khamis lalu, perlawanan yang mengambil tempatnya di Istora Senayan, Jakarta kali ini turut berakhir dengan Jun Hao tewas secara “straight set”.

Kali ini, skornya adalah 14-21 dan 13-21 dengan permainan berlanjutan selama 45 minit.

Sebagai perbandingan, pertembungan mereka di Terbuka India berakhir dengan skor 18-21 dan 12-21 dalam masa 44 minit.

Secara keseluruhannya, Jun Hao telah merekodkan empat pertemuan dengan Hong Yang di kejohanan antarabangsa dan hanya satu sahaja kemenangan berpihak kepada Jun Hao.

Susulan kemenangan yang diraih pada hari ini, Hong Yang yang mara ke pusingan 16 akan bertemu pula dengan pemain Chinese Taipei iaitu Chi Yu Jen untuk merebut tiket ke peringkat suku akhir.

Featured Image: Perodua Malaysia Masters 2023

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd