Marcus Rashford Berpisah Dengan Manchester United

February 3, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Penyerang kelahiran England, Marcus Rashford tidak lagi bermain bersama Manchester United sehingga penghujung musim 2024-25.

Sebaliknya pemain berusia 27 tahun terbabit akan menyarung jersi Aston Villa kendalian Unai Emery – penghuni tangga kelapan Liga Premier (PL) pada ketika ini. 

Perkembangan itu hadir susulan Aston Villa telah mendapatkan khidmat Rashford secara pinjaman daripada Manchester United sehingga tamat musim ini.

Sebagai rekod, ini merupakan julung kalinya Rashford menyarung jersi selain Red Devils selepas mencipta debut bersama skuad senior pada 2016.

Sejak itu, Rashford telah melakukan 426 penampilan dan menjaringkan 138 gol disamping menjulang lima trofi kejuaraan.

Difahamkan, perpindahan Rashford ke Aston Villa secara pinjaman itu turut mengandungi pilihan untuk menandatanganinya secara tetap.

Featured Image: Aston Villa

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd