Penyerang Import Kuching City FC Pulang Ke Brazil
Hafiz Omar

Pasukan berpangkalan di Borneo iaitu Kuching City FC kehilangan penyerang importnya, Pedro Henrique Cortes Oliveira Gois ketika saingan Liga Malaysia 2024-25 masih berbaki sekitar empat bulan.
Ianya disahkan sendiri oleh pihak kelab berjulukan The Cats menerusi hantaran di pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.
“Terima kasih, Pedro Henrique, untuk penglibatan anda bersama Kuching City FC.”
“Kami menghargai kerja keras dan dedikasi kamu.” tulis kenyataan kelab.
Sebagai rekod, Pedro yang merupakan kelahiran Brazil tetapi mempunyai kerakyatan Timor Leste diikat oleh Kuching City sekitar pertengahan Jun 2023.
Pedro ditandatangani untuk mengisi slot pemain import kuota ASEAN.
Kelab memaklumkan, Pedro meninggalkan mereka untuk memulakan lembaran baharu di Brazil. Bagaimanapun tiada sebarang perincian mengenai destinasi Pedro dikongsikan setakat ini.
Featured Image: Kuching City FC