
Gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasminya mengumumkan penambahan pemain baharu ke dalam skuadnya iaitu Alvaro Gonzalez.
Pemain kelahiran Sepanyol, 35 tahun, yang beraksi di posisi pertahanan itu diumumkan oleh skuad bimbingan Hector Bidoglio menerusi video pengenalan yang dikongsikan di pelbagai platform media sosialnya, pada hari ini.
Difahamkan, Alvaro yang sebelum ini beraksi di Liga Pro Saudi bersama Al Qadsiah FC dan Al Nassr FC diikat oleh JDT untuk kempen Liga Juara-Juara ACL Elite (ACLE).
Menerusi video itu juga, Alvaro dilihat diberikan jersi bernombor 27 untuk disarungnya sepanjang bersama dengan JDT.
Selain beraksi di Liga Pro Saudi, Alvaro turut mempunyai pengalaman beraksi di kancah bola sepak utama di eropah seperti Ligue 1 dan LaLiga seperti Marseille, Villarreal, Espanyol, Real Zaragoza dan Racing Santander.
Kelibat Alvaro bersama JDT dijangka dapat disaksikan pada pertembungan ACLE berikutnya iaitu ketika menentang Central Coast Mariners di Australia pada 11hb Februari kelak.
Featured Image: JOHOR Southern Tigers