
Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) menambah dua lagi pemain baharu selepas mengumumkan ketibaan pertahanan, Alvaro Gonzalez, semalam.
Dua pemain baharu tersebut adalah pemain di bahagian serangan, Jonathan Viera serta pemain tengah, Roque Mesa.
Sebelum ini, Viera, 35 tahun, beraksi bersama kelab yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Khor Fakkan.
𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐈𝐓 𝐈𝐒 𝐎𝐕𝐄𝐑!⏳🔴🔵
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 4, 2025
Jonathan Viera is here! Welcome to Johor Darul Ta'zim FC!#JDTForAll#NewSigning#JonathanViera#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/UuzWM1ZUSs
Sebahagian besar kariernya dihabiskan di kancah LaLiga dengan menyertai Las Palmas, Valencia, Rayo Vallecano dan Almeria disamping berkenalan ke luar negara kelahirannya dengan menyertai Standard Liege dan Beijing Guoan.
Bersama JDT berjulukan Harimau Selatan, Viera diberikan jersi bernombor 10.
Sementara itu, Roque, 35 tahun, melengkapkan tambahan pemain baharu ke dalam skuad JDT.
Karier Roque juga banyak berkisar di kancah LaLiga dengan beraksi bersama Levante, Huracan, Las Palmas, Sevilla, Leganes, Real Valladolid dan Sporting Gijon.
Menariknya, kedatangan Roque ke JDT kali ini menyaksikan dia kembali bersatu semula dengan rakan sepasukannya di Swansea iaitu Jordi Amat.
Untuk makluman, kedua-dua pemain ini direkrut oleh JDT bagi mengharungi baki kempen Liga Juara-Juara AFC Elite (ACLE) – sama seperti Alvaro Gonzalez.
Featured Image: JOHOR Southern Tigers