Farah Ann Terima Lesen Juri Antarabangsa
February 5, 2025 Hafizuddin Omar

Selepas mengumumkan persaraan, bekas gimnas artistik negara, Farah Ann Abdul Hadi bakal kembali semula ke lantai tari namun dengan peranan yang berbeza iaitu selaku juri bagi sukan terbabit.

Perkembangan itu hadir selepas bekas atlet berusia 30 tahun tersebut telah berjaya menamatkan kursus dan menerima lesen juri antarabangsa di “International License at the FIG Judges Course (XVI Cycle 2025-2028)” yang diadakan di Doha, Qatar pada 26hb hingga 29hb Januari 20225.

Mengulas mengenainya, Farah mengatakan ianya merupakan peluang terbaik untuk menimba ilmu dari pakar terkemuka dalam sukan gimnastik dan beliau teruja untuk membantu dan berkongsi bersama atlet gimnastik di Malaysia.

Turut menamatkan dan menerima lesen juri yang sama adalah seorang lagi bekas atlet gimnastik negara, Tan Ing Yueh.

Menurutnya pula, kursus ini memberi pengalaman tidak ternilai tentang perspektif sebagai seorang juri dimana dapat membantunya memperbaiki teknik latihan dan meningkatkan persembahan atlet-atletnya.

Featured Image: Majlis Sukan Negara Malaysia

Komen