
Pemenang Kejuaraan Dunia MotoGP 2024, Jorge Martin terpaksa melupakan ujian rasmi pramusim Sepang 2025 setelah mengalami kemalangan ngeri pada hari pertama sesi terbabit di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam.
Pelumba berusia 27 tahun tersebut ditimpa dua kemalangan semasa sesi itu. Menurut perkongsian oleh MotoGP, hasil pemeriksaan perubatan mengesahkan Martin mengalami patah pada tangan kanannya dan pada kaki kirinya.
This was @88jorgemartin's awful highside in his first hours with the number 1 plate 💢
— MotoGP™🏁 (@MotoGP) February 5, 2025
He's at the hospital undergoing tests due to left foot and right hand pain. Updates will follow and in the meantime, we're sending our best wishes to the World Champ 💪#MotoGP pic.twitter.com/2UQtHKOq1w
Selain itu, Martin juga telah menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) dan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) dan tiada sebarang kecederaan di kepala dikesan.
Dimaklumkan, pada hari ini, Martin akan terbang pulang ke eropah untuk menjalani pembedahan pada tangan dan kakinya – dijadualkan pada minggu ini.