Amarjit Kini Bergelar Presiden Konfederasi Berbasikal Asia

February 6, 2025
Basikal

Hafiz Omar

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill kini menjadi peneraju bagi badan badan induk berbasikal bagi benua asia, Konfederasi Berbasikal Asia (ACC).

Perkembangan itu hadir susulan Amarjit diumumkan sebagai pemenang bagi jawatan Presiden ACC bagi penggal 2025-2028 setelah mendapat 24 undi pada pemilihan yang berlangsung pada hari ini.

Jumlah undian itu memadai untuk mengetepikan seorang lagi calon merangkap pencabarnya, Raja Sapta Okto dari Indonesia yang sekadar meraih 17 undi daripada 41 delegasi yang hadir.

Sebagai rekod, Amarjit menjadi individu kedua daripada Malaysia menyandang jawatan berkenaan selepas bapanya, Tan Sri Darshan bergelar Presiden ACC dari tahun 1996 hingga 2005.

Sebagai tambahan, selain daripada memegang jawatan Presiden PKBM dan Presiden ACC, Amarjit juga merupakan Setiausaha Agung Persekutuan Berbasikal ASEAN (ACF) dan Ahli Lembaga Pengurusan Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI).

Featured Image: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd