Piala Shopee: KL City FC Akhiri Saingan Peringkat Kumpulan Di Tempat Ketiga
Hafiz Omar

Satu lagi wakil negara dalam saingan Piala Shopee 2024-25 iaitu Kuala Lumpur City FC (KL City FC) mengakhiri saingan setakat peringkat kumpulan.
Skuad bimbingan Miroslav Kuljanac terlepas peluang untuk mara ke peringkat separuh akhir susulan tewas di tangan Buriram United dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan B, semalam.
Pertarungan yang berlangsung di Arena Chang itu berkesudahan dengan skuad berjulukan The City Boys tewas hasil jaringan tunggal Lucas Crispim pada minit ke-37.
Kekalahan itu menyaksikan KL City menamatkan saingan sulung Piala Shopee di tangga ketiga Kumpulan B hasil mengutip enam mata sekaligus gagal mara ke peringkat separuh akhir.
Untuk makluman, Cong An Ha Noi FC dan Buriram United muncul juara dan naib juara Kumpulan B masing-masing dengan mengumpul 15 dan 10 mata masing-masing – meraih tiket ke peringkat separuh akhir.
Pada peringkat separuh akhir kelak, Buriram United akan bertembung dengan BG Pathum United dan Cong An Ha Noi FC akan berentap dengan PSM Makassar.
Featured Image:Â Buriram United FC