
Pertahanan legenda Real Madrid dan skuad kebangsaan Sepanyol, Sergio Ramos kini beralih kepada cabaran baharu dalam karier bola sepaknya dengan menyertai CF Monterrey yang berpangkalan di Mexico.
Ramos, 38 tahun, diperkenalkan sebagai pemain baharu bagi kelab berjulukan Rayados menerusi makluman di pelbagai platform media sosial kelab berkenaan pada awal pagi tadi (waktu Malaysia).
Penyertaan Ramos bersama Monterrey ini hadir selepas tujuh bulan bergelar ejen bebas selepas meninggalkan kelab zaman remajanya, Sevilla sekitar Jun tahun lalu.
Dimaklumkan, Ramos diberikan kontrak selama setahun dan jersi bernombor 93 untuk disarungnya bersama Monterrey.
Untuk makluman semua, ini merupakan kelab keempat disertai oleh Ramos dalam karier bola sepak selepas menyertai Sevilla, Real Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG).
Featured Image: CF Monterrey