Pedro Henrique Pilih Kelab Divisyen 4 Brazil
Hafiz Omar
Teka-teki pemergian penyerang import Kuching City FC iaitu Pedro Henrique terjawab apabila pemain tersebut disahkan menyertai kelab yang beraksi dalam divisyen keempat Brazil iaitu Club Sportivo Sergipe.
Penyertaan pemain berusia 33 tahun yang mempunyai kerakyatan Timor Leste itu diumumkan oleh Sergipe menerusi satu kenyataan yang disiarkan di pelbagai platform media sosial, pada Selasa.
“Penyerang 33 tahun warganegara Timor Leste, pernah beraksi di asia tenggara mewakili Timor Leste, dia menjaringkan 3 gol daripada 5 perlawanan. Pemain ini juga mempunyai karier selama 12 tahun bersama kelab-kelab di Malaysia, Qatar, Oman, Iran, Korea Selatan, Malta, Thailand, Bahrain, Bangladesh, Indonesia dan Angola.”
“Selamat datang ke Mas Querido, Pedro Henrique!”
Sebagai rekod, Pedro menyertai kelab berkenaan selepas setahun dan setengah beraksi bersama Kuching City atau nama julukannya, The Cats.
Selain daripada beraksi dalam kancah divisyen keempat bola sepak Brazil, Club Sportivo Sergipe turut beraksi dalam saingan Liga Negeri Sergipe.
Featured Image: Club Sportivo Sergipe