Pemain skuasy wanita No.1 negara, Sivasangari Subramaniam berhasil menamatkan kemarau 10 bulan dengan bergaya apabila muncul juara di Piala Gaynor Cincinnati 2025.
Kejuaraan itu hadir selepas Sivasangari, 26 tahun, berhasil menumpaskan bekas perseorangan No.3 dunia, Amanda Sobhy dalam perlawanan akhir yang berlangsung pada Isnin (waktu Malaysia).
Sivasangari yang turut diletakkan sebagai pilihan ketiga menumpaskan pemain dari Amerika Syarikat itu menerusi lima set permainan yang berkesusahan dengan skor 11-7, 6-11, 7-11, 11-7 dan 11-4.

Pertembungan melibatkan Sivasangari dan Amanda itu mengambil masa 48 minit sebelum pemain kelahiran Sungai Petani, Kedah itu mengesahkan kejuaraan sulungnya pada musim ini.
Sebagai rekod, ini juga merupakan kejuaraan ke-15 dijulang Sivasangari, pemain No.10 dunia, sejak bergelar pemain skuasy profesional.
Untuk makluman, kejuaraan terakhir yang dijulang oleh Sivasangari selepas menjuarai kejohanan skuasy Klasik London 2024 pada April lalu.
Featured Image: PSA Squash Tour