Anta Beri Peluang Pengunjung Mencuba Kasut Larian & Bola Keranjang Di Karnival Sukan Anta

February 14, 2025
Lain-Lain

Hafiz Omar

Bagi meraikan pembukaan Anta Superstore di pusat beli-belah 1 Utama baru-baru ini, jenama barangan sukan dari China tersebut tampil mengadakan Karnival Sukan Anta bermula dari 12hb hingga 16hb Februari 2025.

Karnival yang berlangsung selama lima hari bertempat di Oval Concourse, Lower Ground, 1 Utama Shopping Centre (New Wing) – berhampiran dengan Anta Superstore – menawarkan beberapa aktiviti menarik buat para pengunjung meliputi pelbagai lapisan umur dan tahap kecergasan.

Karnival itu menyediakan empat cabaran untuk disertai oleh para pengunjung iaitu larian, jaringan bebas bola keranjang, cabaran ketangkasan dan ujian jatuhan batang besi.

Setiap pengunjung yang mahu menyertai dan mengambil bahagian akan diberikan sekeping kad. Setiap cabaran yang disertai oleh pengunjung akan diberikan cop – menandakan telah menyelesaikan cabaran tersebut.

Pengunjung yang berhasil mendapatkan keempat-empat cop itu akan berpeluang untuk mendapat hadiah misteri daripada pihak Anta.

Bercerita mengenai setiap cabaran dan ujian tersebut, di zon pertama, pengunjung akan diberikan peluang untuk memakai kasut larian Anta C202 6 dan Anta Men PG7 secara percuma dan berlari di atas “treadmill” – rekodkan masa larian terbaik peribadi.

Di zon kedua pula, pengunjung diberikan peluang untuk menyarung kasut bola keranjang Anta KAI 1 dan Kai Speed dan melakukan jaringan bebas di gelanggang bola keranjang yang disediakan.

Sementara itu, di zon ketiga dan keempat, Anta menyediakan cabaran menekan butang dalam tempoh masa 30 saat dan ujian menangkap 10 batang besi yang dijatuhkan secara rawak.

Selain daripada menyertai keempat-empat cabaran yang disediakan, karnival itu turut mempamerkan produk-produknya yang lain serta sudut-sudut yang menarik untuk mengabdikan foto bersama ahli keluarga serta rakan-rakan.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd