
Datuk Mohd. Joehari Mohd. Ayub secara diumumkan secara rasmi menjawat jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu bagi penggal 2025 hingga 2029 – presiden kelapan FAM sejak tahun 1951.
Pengumuman itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan FAM, Profesor Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said dalam Kongres Tahunan FAM Kali Ke-61 2025 yang berlangsung di Dorsett Grand Subang, pada hari ini.
Johari memenangi jawatan No.1 bagi badan induk bola sepak tanah air itu tanpa bertanding selepas muncul selaku calon tunggal bagi posisi tersebut pada pemilihan kali ini.
Sementara itu, Datuk Wira Mohd. Yusoff Mahadi dan Dato’ S. Sivasundaram pula mempertahankan jawatan Timbalan Presiden FAM selepas turut memenangi pemilihan kali ini tanpa bertanding.
Bagi jawatan Naib Presiden FAM, Datuk Seri Rosmadi Ismail berjaya mempertahankan jawatannya selepas mendapat 17 undi – tertinggi bagi jawatan ini.
Manakala tiga kerusi lagi diisi oleh tiga muka baharu terdiri daripada Dato’ Mohd. Azhar Jamaluddin merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (17 undi); bekas ketua jurulatih dan pemain skuad kebangsaan, Dato’ Dollah Salleh (16 undi) dan bekas Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM penggal lalu, Saaran Nadarajah (13 undi).
Untuk makluman, Tan Sri Dato’ Hamidin Mohd. Amin yang menduduki kerusi Presiden FAM sejak tahun 2018 membuat keputusan mengumumkan tidak bertanding dalam pemilihan yang berlangsung pada kongres kali ini sekaligus tidak mempertahankan jawatan Presiden FAM pada penggal ini.
Senarai penuh kepimpinan FAM penggal 2025-2029:





Featured Image: FAM