Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) menambah seorang lagi pemain import ke dalam skuadnya.
Pemain tersebut ialah Anselmo Moraes yang merupakan pemain tengah bertahan kelahiran Sao Paulo, Brazil berumur 35 tahun.
Kedatangan Moreas diumumkan oleh skuad berjulukan Harimau Selatan menerusi video berdurasi 26 saat yang dikongsikan di pelbagai platform media sosialnya, pada Ahad.
@johordtfc A new signing! 🖋️ Welcome, Anselmo Moraes 🔴🔵 #NewSigning #AnselmoMoraes #SouthernTigers #JDTFamily #LuaskanKuasamuJohor ♬ original sound – Johor Darul Ta'zim FC
Bercerita mengenai Moraes, pemain berketinggian 1.82 meter (m) ini memulakan karier bola sepaknya di negara kelahirannya bersama Palmeiras – salah satu kelab terkenal dalam kancah bola sepak Brazil.
Selepas itu, Moraes berkelana ke Gremio Barueri dan Sao Caetano – juga kelab dalam kancah bola sepak Brazil – secara pinjaman sebelum terbang ke benua eropah untuk menyertai Genoa dan Palermo di Itali.
Bagaimanapun, karier bola sepaknya di eropah tidak bertahan lama dan kembali ke negara kelahirannya selepas semusim dengan menyertai Sao Caetano, Joinville SC, SC International serta Sports Recitife.
Selepas lima musim di Brazil, Moraes melebarkan kariernya ke benua asia apabila khidmatnya dipancing oleh kelab dari Arab Saudi iaitu Al Wehda sebelum dia dipinjamkan ke kelab yang kini disertai oleh Cristiano Ronaldo, Al Nassr.
Sepertimana kemasukan tiga pemain import sebelum ini iaitu Alvaro Gonzalez, Jonathan Viera dan Roque Mesa, khidmat Moraes pastinya ditandatangani oleh JDT untuk menghadapi baki saingan Liga Juara-Juara AFC Elite (ACLE) 2024-25.
Featured Image: JOHOR Southern Tigers