Azeem Fahmi Pecah Rekod Kebangsaan – 6.60s
February 17, 2025 Hafizuddin Omar

Pelari pecut kebangsaan, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi yang menyertai acara pecut 60 meter (m) dalam dewan di Kejohanan Tiger Paw Invitational di Universiti Clemson California, Amerika Syarikat (AS) berhasil mencatatkan masa larian sepantas 6.60 saat (s).

Catatan masa yang dilakukan Azeem, 20 tahun, ketika beraksi peringkat separuh akhir, pada Sabtu, memadamkan rekod kebangsaan 6.62s yang turut diciptanya sendiri pada tahun lalu sekaligus memperbaharui rekod kebangsaan bagi acara itu.

@olahragamalaysia Rekod Kebangsaan 6.60s #fyp #azeemfahmi @desuke ♬ original sound – OlahragaMalaysia

Bagaimanapun, Azeem menamatkan perlumbaan saringan ketiga bagi peringkat separuh akhir itu di tempat kedua – dibelakang pelari University of South Carolina (USC), Chrstyn John Stevenson yang menamatkan larian dalam masa 6.58s.

Sungguhpun berjaya melayakkan diri ke perlumbaan akhir, Azeem dikhabarkan tidak menyertainya bersama-sama lima lagi pelumba lain termasuk Chrstyn. Untuk makluman, pingat emas dan perak bagi acara ini menjadi milik Adekalu Fakorede (Universiti Mississippi State) dan Travis Williams (USC) masing-masing.

Sebagai tambahan, dalam masa dua minggu lagi, Azeem memaklumkan dirinya akan mengambil bahagian dalam kejohanan Southeastern Conference (SEC) di Texas A&M University.

Komen