Final 2 Challenge Cup: PDRM FC Guna Stadium MBPJ Sebagai ‘Home’

February 18, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Juara bertahan MFL Challenge Cup, PDRM FC tidak akan beraksi di gelanggang sendiri, Stadium Majlis Perbandaran (MP) Selayang bagi menghadapi Selangor FC pada Perlawanan Akhir 2 Challenge Cup 2024-25.

Sebaliknya, skuad berjulukan The Cops akan menggunakan gelanggang milik pasukannya lawannya, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebagai “home” untuk perlawanan akhir pada 22h Februari (Sabtu) kelak.

Perkara tersebut telah pun disahkan sendiri oleh penganjur, Malaysian Football League (MFL) menerusi satu makluman yang dikongsikan pada hari ini.

“Malaysian Football League (MFL) telah meluluskan permohonan PDRM FC untuk mengadakan Perlawanan Akhir 2 MFL Challenge Cup 2024-2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling jaya (MBPJ) pada 22 Februari ini (Sabtu).” tulis kenyataan oleh MFL.

Jelas MFL, PDRM FC kendalian P. Maniam mengemukakan permohonan penukaran venue itu kerana Stadium MBPJ telah memenuhi kriteria dan piawaian venue perlawanan akhir.

Untuk makluman, Perlawanan Akhir 1 MFL Challenge Cup 2024-25 pada Sabtu lalu berjaya dimenangi oleh Selangor FC dengan keputusan 3-2.

Jaringan oleh Selangor FC dihasilkan oleh Alvin Fortes (3’, 18’) dan Ali Olwan (39’). Sementara itu, dua jaringan oleh PDRM FC disumbat oleh Shahrel Fikri (28’) dan Baddrol Affendy (39’).

Featured Image: PDRM Football Club

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd