LaLiga Anjur Kejohanan EA Sports FC – Hadiah Terkumpul RM30,000 & Tiket Ke Sepanyol
Hafiz Omar

Badan penganjur bola sepak tertinggi di Sepanyol iaitu LaLiga tampil melancarkan kejohanan permainan simulasi bola sepak, EA Sports FC iaitu “Beat The Best” di Malaysia pada hari ini.
Ini merupakan julung kalinya LaLiga melangsungkan kejohanan secara dalam dan luar talian di Malaysia dengan AEON muncul selaku penaja utamanya dan Vertex sebagai rakan dan penganjur tempatan bagi acara ini.
Kejohanan ini diteruskan susulan kejayaan dan sambutan positif pada musim lalu di peringkat antarabangsa.

Untuk makluman, kejohanan ini dijadualkan berlangsung pada 12hb dan 13hb April 2025 dengan penawaran hadiah berupa wang tunai terkumpul sebanyak RM30,000 serta peluang untuk terbang dan dibawa merasai pengalaman menyaksikan perlawanan LaLiga di Sepanyol.
Pada tarikh berkenaan, selain daripada perlawanan akhir, kejohanan ini turut memeriahkannya dengan pelbagai aktiviti termasuk membawa bersama legenda merangkap bekas pemain LaLiga iaitu Luis Garcia.

Bekas pemain Barcelona dan Atletico Madrid itu bukan sahaja hadir untuk menyerikan kejohanan dan acara ini bahkan bakal melangsungkan sesi “Meet and Greet” bersama-sama para peminat dan penyokong.
Rakyat Malaysia yang berkeinginan untuk turut serta dalam kejohanan “Beat The Best” ini boleh mendaftar bermula hari ini, 24hb Februari sehingga 17hb Mac bagi menyertai pertandingan secara dalam talian – berlangsung dari 17hb hingga 23hb Mac.
Pautan untuk mendaftar: LaLiga EA Sports FC Beat The Best