Joehari Ayub Ketuai Empat Jawatankuasa FAM Penggal 2025-2029
Hafiz Omar

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd. Joehari Mohd. Ayub yang dilantik pada 15hb Februari lalu tampil mengumumkan nama-nama yang dilantik sebagai pengerusi dan timbalan pengerusi bagi Jawatankuasa Tetap dan Jawatankuasa Ad-Hoc bagi penggal 2025-2029.
Pengumuman itu disiarkan menerusi satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal ini pada Selasa bertempat di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Berdasarkan siaran tersebut, Joehari dilihat mengetuai empat jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Darurat; Jawatankuasa Kewangan dan Pengurusan; Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bola Sepak Kebangsaan dan Jawatankuasa Infrastruktur.

Sementara itu, kedua-dua Timbalan Presiden iaitu Datuk Wira Mohd. Yusoff Mahadi dan Dato’ S. Sivasundaram diberikan peranan untuk mengetui dua jawatankuasa masing-masing.
Jawatankuasa Pertandingan serta Jawatankuasa Hubungan & Pembangunan Ahli Gabungan akan berada di bawah tanggungjawab Yusoff sementara Sivasundaram mengekalkan dua portfolionya pada penggal lalu iaitu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengadil dan Jawatankuasa Teknikal & Pembangunan.
Dua legenda bola sepak tanah air, Dato’ Dollah Salleh dan Dato’ Zainal Abidin Hassan, yang memenangi posisi Naib Presiden dan Jawatankuasa Eksekutif (Exco) pada pemilihan di kongres lalu turut turut mendapat peranan masing-masing.

Dollah yang juga bekas ketua jurulatih skuad bola sepak senior kebangsaan akan membantu Sivasundaram selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan.
Manakala Zainal pula menyertai portfolio bersama-sama Yusoff selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan.
Senarai lengkap pengerusi dan timbalan pengerusi bagi Jawatankuasa Tetap serta Jawatankuasa Ad-Hoc FAM penggal 2025-2029 adalah seperti berikut:
#1 Jawatankuasa Darurat
Pengerusi: Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub
Timbalan Pengerusi: Datuk Wira Mohd Yusoff Hj. Mahadi
#2 Jawatankuasa Kewangan dan Pengurusan
Pengerusi: Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub
Timbalan Pengerusi: Dato’ Sivasundaram A/L Sithamparam Pillai
#3 Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bola Sepak Kebangsaan
Pengerusi: Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub
Timbalan Pengerusi: Datuk Wira Mohd Yusoff Hj. Mahadi
#4 Jawatankuasa Pertandingan
Pengerusi: Datuk Wira Mohd Yusoff Hj. Mahadi
Timbalan Pengerusi: Dato’ Zainal Abidin Hassan

#5 Jawatankuasa Undang-undang
Pengerusi: Saaran A/L Nadarajah
Timbalan Pengerusi: Dato’ Suraya Yaacob
#6 Jawatankuasa Pengadil
Pengerusi: Dato’ Sivasundaram A/L Sithamparam Pillai
Timbalan Pengerusi: Tang Chee Hong
#7 Jawatankuasa Bola Sepak Wanita
Pengerusi: Dato’ Suraya Yaacob
Timbalan Pengerusi: Dr. Siti Faidul Maisarah Abdullah
#8 Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai
Pengerusi: Datuk Seri Hj. Rosmadi Ismail
Timbalan Pengerusi: Datuk Mohd Hisamudin Yahaya
#9 Jawatankuasa Perubatan dan Sains Sukan
Pengerusi: Tang Chee Hong
Timbalan Pengerusi: Datuk Dr. Sugumaran A/L Parthasarathy

#10 Jawatankuasa Status
Pengerusi: Saaran A/L Nadarajah
Timbalan Pengerusi: Mohd Azizudin Mohd Shariff
#11 Jawatankuasa Media, Komunikasi dan Perhubungan Awam
Pengerusi: Dato’ Mohd Azhar Jamaluddin
Timbalan Pengerusi: YB Haji Hishamuddin Abdul Karim
#12 Jawatankuasa Keselamatan
Pengerusi: CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim (Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM)
Timbalan Pengerusi: Datuk Kamarudin Hj. Hassan
#13 Jawatankuasa Integriti
Pengerusi: Tan Sri Dato’ Seri Dr Aseh Che Mat
Timbalan Pengerusi: Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki

#14 Jawatankuasa Tiket dan Stadium
Pengerusi: Dato’ Mohd Azhar Jamaluddin
Timbalan Pengerusi: Dato’ Haji Ismail Karim
#15 Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan
Pengerusi: Dato’ Sivasundaram A/L Sithamparam Pillai
Timbalan Pengerusi: Dato’ Dollah Salleh
#16 Jawatankuasa Pemasaran dan Penajaan
Pengerusi: Datuk Mohd Hisamudin Yahaya
Timbalan Pengerusi: CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri
#17 Jawatankuasa Hubungan dan Pembangunan Ahli Gabungan (Ad-Hoc)
Pengerusi: Datuk Wira Mohd Yusoff Hj. Mahadi
Timbalan Pengerusi: Datuk Kamarudin Hj. Hassan
#18 Jawatankuasa Infrastruktur (Ad-Hoc)
Pengerusi: Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub
Timbalan Pengerusi: Dato’ Sivasundaram A/L Sithamparam Pillai
Featured Image: Football Association of Malaysia