Penjaga Gol Pegang Bola Lebih 8 Saat, Pasukan Lawan Dapat Sepakan Penjuru
Hafiz Omar

Penggubal peraturan bagi sukan bola sepak iaitu Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) telah meluluskan pindaan peraturan bagi mengelakkan penjaga gol melengahkan masa di dalam permainan.
Pindaan melibatkan Peraturan 12.2 itu menyaksikan penjaga gol yang memegang bola melebihi lapan saat maka pengadil akan memberikan sepakan penjuru kepada pasukan lawan.
Peraturan ini akan berkuat kuasa bermula musim hadapan, 2025-2026, dengan pengadil dibantu oleh kiraan visual selama lima saat sebelum membuat sebarang keputusan.
The IFAB tackles goalkeeper time wasting ➡️ https://t.co/jEei0s1Cfo
— The IFAB (@TheIFAB) March 1, 2025
Watch now on https://t.co/1mL2Gsdcsi: press conference following the 139th Annual General Meeting pic.twitter.com/z0d8BmlWtw
Sebelum ini, penjaga gol yang memegang bola melebihi enam saat boleh dihukum oleh pengadil dengan memberikan sepakan percuma tidak terus (indirect) kepada pasukan lawan.
Keputusan untuk meluluskan pindaan ini dilakukan secara sebulat suara oleh IFAB dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) IFAB yang dihoskan oleh Persatuan Bola Sepak Irish (IFA) di Belfast, Northern Ireland, Sabtu lalu.
IFAB turut menjelaskan keputusan ini dicapai selepas beberapa ujian dilakukan telah menunjukkan impak positif yang ketara dalam mengurangkan pembaziran masa.
Featured Image: FC Bayern Munchen