ABK 24-25 Perkenalkan Semula Anugerah Penyokong Terbaik
Hafiz Omar

Acara kemuncak Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2024-2025 (ABK 24-25) bakal berlangsung pada bulan hadapan, demikian makluman daripada badan penganjur iaitu Malaysian Football League (MFL).
ABK merupakan acara tahunan berprestij bagi memberikan pengiktirafan kepada pencapaian yang telah diraih pelbagai pihak kepada arena bola sepak tanah air terutamanya melibatkan para pemain dan jurulatih dalam kancah Liga Malaysia.
Acara tahun ini tampil sedikit istimewa apabila penganjur memperkenalkan semula Anugerah Penyokong Terbaik selepas mempertandingkannya buat kali terakhir pada ABK19 yang menyaksikan ianya dimenangi oleh penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT).
Secara keseluruhan, sebanyak 17 anugerah dipertandingkan pada edisi ABK kali dan senarai penuh adalah seperti berikut:
- Penjaga Gol Terbaik
- Pertahanan Terbaik
- Pemain Tengah Terbaik
- Penyerang Terbaik
- Jurulatih Terbaik
- Pemain Import Terbaik
- Pemain Muda Terbaik
- Pemain Piala MFL Terbaik
- Pemain Paling Bernilai (MVP)
- Fair Play Award
- Pasukan Terbaik
- Gol Terbaik
- FAN XI
- Kasut Emas – Piala MFL
- Kasut Emas – Liga Super (Tempatan)
- Kasut Emas – Liga Super
- Penyokong Terbaik
Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan acara kemuncak Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2024-2025 (ABK24-25) yang bakal berlangsung pada April ini.
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 3, 2025
Baca lanjut di laman web MFL. #ABK24-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita
Dalam makluman yang sama pada hari ini, MFL turut berkongsikan senarai 10 pemain terbaik yang disenarai pendek oleh Jawatankuasa Saringan ABK 24-25 bagi lapan kategori mengikut posisi yang didaftarkan oleh pasukan masing-masing.
Untuk makluman, Ahli Jawatankuasa Saringan ABK 24-25 terdiri daripada Nafuzi Zain (Ketua Jurulatih Skuad B-23 Kebangsaan), Razman Roslan (Timbalan Presiden PFAM), Sulaiman Hussin (Exco PJBM), Firdaus Hashim (Exco SAM) dan Zulhelmi Zainal Azam (wakil penyiar rasmi Liga Malaysia).
Pemenang bagi lapan kategori terbabit akan dipilih oleh 13 ketua jurulatih dan 13 kapten pasukan Liga Super, 13 ketua jurulatih dan 13 kapten pasukan Piala MFL serta 26 wakil media.
Senarai 10 pemain terbaik bagi lapan kategori terbabit adalah seperti berikut:
#1 Penjaga Gol Terbaik
- Azri Ghani (Kuala Lumpur City FC)
- Bryan See (PDRM FC)
- Damien Lim (Sabah FC)
- Haziq Nadzli (Perak FC)
- Kalamullah Al-Hafiz (Selangor FC)
- Shahril Sa’ari (Kuching City FC)
- Sikh Izhan (Penang FC)
- Syihan Hazmi (Johor Darul Ta’zim)
- Wan Syazmin (Kedah Darul Aman FC)
- Zarif Irfan (Sri Pahang FC)
#2 Pertahanan Terbaik
- Adam Azlin (Sri Pahang FC)
- Daniel Ting (Sabah FC)
- Dominic Tan (Sabah FC)
- Feroz Baharudin (Johor Darul Ta’zim)
- Harith Haiqal (Selangor FC)
- Ibrahim Manusi (Sri Pahang FC)
- Jimmy Raymond (Kuching City FC)
- Quentin Cheng (Selangor FC)
- Shahrul Nizam (Terengganu FC)
- Ubaidullah (Terengganu FC)

#3 Pemain Tengah Terbaik
- Akhyar Rashid (Terengganu FC)
- Amirul Hisyam (Kedah Darul Aman FC)
- Arif Aiman (Johor Darul Ta’zim)
- Danial Amier (Kuching City FC)
- Fazrul Amir (Kelantan Darul Naim FC)
- Nooa Laine (Selangor FC)
- Safawi Rasid (Terengganu FC)
- Stuart Wilkin (Sabah FC)
- Syamer Kutty (Penang FC)
- Wan Zack Haikal (Perak FC)
#4 Penyerang Terbaik
- Darren Lok (Sabah FC)
- Gabriel Nistelrooy (Johor Darul Ta’zim II)
- Haqimi Azim (Kuala Lumpur City FC)
- Jafri Firdaus Chew (Sabah FC)
- Paulo Josue (Kuala Lumpur City FC)
- Ramadhan Saifullah (Kuching City FC)
- Romel Morales (Johor Darul Ta’zim)
- Sergio Aguero (Sri Pahang FC)
- Shahrel Fikri (PDRM FC)
- Syafiq Ahmad (Kedah Darul Aman FC)

#5 Jurulatih Terbaik
- Abdi Hassan (Selangor FC, Piala MFL)
- Aidil Sharin Sahak (Kuching City FC)
- Badrul Afzan Razali (Terengganu FC)
- Fandi Ahmad (Sri Pahang FC)
- Hector Bidoglio (Johor Darul Ta’zim)
- Kinoshi Katsuhito (Selangor FC)
- Miroslav Kuljanac (Kuala Lumpur City FC)
- P. Maniam (PDRM FC)
- Victor Andrag (Kedah Darul Aman FC)
- Yusri Che Lah (Perak FC)
#6 Import Terbaik
- Ali Olwan (Selangor FC)
- Alvin Fortes (Selangor FC)
- Bergson Da Silva (Johor Darul Ta’zim)
- Giancarlo Gallifuoco (Kuala Lumpur City FC)
- Heberty (Johor Darul Ta’zim)
- Juan Muniz (Johor Darul Ta’zim)
- Kpah Sherman (Sri Pahang FC)
- Luciano Guaycochea (Perak FC)
- Manuel Hidalgo (Sri Pahang FC)
- Yohandry Orozco (Selangor FC)

#7 Pemain Muda Terbaik
- Adam Danial (Kelantan Darul Naim FC)
- Aliff Izwan (Selangor FC)
- Azhad Harraz (Sabah FC)
- Daniel Hakimi (Perak FC)
- G. Pavithran (Johor Darul Ta’zim II)
- Haqimi Azim (Kuala Lumpur City FC)
- Haykal Danish (Selangor FC)
- Najmudin Akmal (Johor Darul Ta’zim II)
- Rahman Daud (Selangor FC)
- Ubaidullah (Terengganu FC)
#8 Pemain Piala MFL Terbaik
- Afeeq Iqmal (Kedah Darul Aman FC B)
- Afiq Hilman (Kuala Lumpur City Extension)
- Airiel Zafran (Sri Pahang FC)
- Asraff Aliffuddin (Kelantan Darul Naim FC)
- Gabriel Nistelrooy (Johor Darul Ta’zim II)
- Harry Danish (Selangor FC)
- Haykal Danish (Selangor FC)
- Rahman Daud (Selangor FC)
- Rohisham Haiqal (Selangor FC)
- S. Vimal Nair (Negeri Sembilan FC)
Featured Image: Malaysian Football League