MFL Lantik Shazli Shaik Selaku Pemangku CEO
Hafiz Omar

Badan pengelola, Malaysian Football League (MFL) tidak melantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu dalam masa terdekat selepas Giorgio Pompili Rossi tidak lagi bersama mereka.
Sebaliknya, MFL mengumumkan melantik Ketua Pegawai Operasi (COO), Mohd. Shazli Shaik Mohd. sebagai pemangku CEO berkuatkuasa pada 3hb Mac 2025.
“Mohd Shazli berpengalaman luas dalam pengurusan bola sepak sebagai COO MFL bermula pada 2018 khususnya dalam membantu kelancaran operasi pertandingan dan sekretariat MFL.” tulis kenyataan MFL.
Sebelum ini, selepas MFL mengesahkan melepaskan Giorgio, Mohd. Shazli diberikan tanggungjawab untuk menerajui operasi sekretariat MFL buat sementara waktu.
Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Operasi (COO) MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd sebagai pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL berkuatkuasa pada 3 Mac 2025.
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 3, 2025
Featured Image: Malaysian Football League