Ranking BWF: Pei Kee-Mei Xing Lonjak 9 Anak Tangga

March 4, 2025
Badminton

Hafiz Omar

Beregu wanita No.2 negara, Go Pei Kee dan Teoh Mei Xing menampilkan peningkatan ketara dalam kedudukan Ranking Dunia selepas mara ke peringkat suku akhir Terbuka Jerman 2025.

Kemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada hari ini menyaksikan gandingan pemain berusia 22 dan 27 tahun masing-masing itu mencetak peningkatan sembilan anak tangga.

Peningkatan itu membolehkan mereka menduduki tangga ke-38 dunia hasil mengutip 32,760 mata secara keseluruhan.

Pei Kee-Mei Xing berpeluang untuk meningkatkan lagi kedudukannya dalam Ranking dengan mara sejauh mungkin dalam kejohanan Orleans Masters 2025 yang disertainya bermula hari ini.

Sementara itu, beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan pula kekal di tangga keenam dunia dengan mengumpul 78,220 mata secara keseluruhan. 

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd