Masters Orleans: Arif-Roy King Bertembung Beregu No.1 Amerika
March 5, 2025 Hafizuddin Omar

Beregu lelaki No.4 negara, Wan Arif Junaidi dan Yap Roy King nampaknya tiada masalah untuk memulakan kempen Masters Orleans 2025 dengan langkah kanan sekaligus mengesahkan kemaraan ke pusingan 16.

Gandingan Arif-Roy King yang kini berada di ranking ke-18 dunia bermula dengan menumpaskan beregu India, Hariharan Amsakarunan dan Ruban Kumar Rethinasabapathi menerusi skor 17-21, 21-7 dan 21-17.

Kemenangan itu membawa mereka bertemu dengan beragu lelaki No.1 Amerika Syarikat iaitu Chen Zhi Yi dan Presley Smith yang menduduki ranking ke-32 dunia pada pusingan 16.

Untuk makluman, Arif-Junaidi dan Chen-Smith pernah bertembung sebanyak satu kali sebelum ini pada peringkat pusingan 32 di Terbuka China 2024.

Pertembungan itu berhasil dimenangi oleh Arif-Roy King secara “straight set” menerusi skor 21-11 dan 21-12 dalam masa sekitar setengah jam.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

Komen