Neymar Tersenarai Dalam Skuad Kebangsaan Brazil Selepas 17 Bulan
March 7, 2025 Hafizuddin Omar
DOHA, QATAR – DECEMBER 05: Neymar of Brazil celebrates after scoring the team’s second goal during the FIFA World Cup Qatar 2022 Round of 16 match between Brazil and South Korea at Stadium 974 on December 05, 2022 in Doha, Qatar. (Photo by Buda Mendes/Getty Images)

Penyerang Neymar Jr. yang berusia 33 tahun kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan Brazil buat julung kalinya selepas 17 bulan untuk menghadapi kelayakan Piala Dunia 2026.

Namanya disenaraikan oleh ketua jurulatih, Dorival Junior bersama-sama 22 pemain lain bagi menghadapi Colombia dan Argentina pada 21hb dan 26hb Mac masing-masing kelak.

Untuk makluman, Neymar yang kini beraksi Santos FC dalam kancah bola sepak Brazil tidak mewakili skuad berjulukan Selecao sejak Oktober 2023 berikutan mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) sewaktu menentang Uruguay. 

Sebagai rekod, Neymar telah mencetak 79 gol – penjaring terbanyak sepanjang zaman – hasil daripada tampil sebanyak 128 kali bersama Brazil.

Baru-baru ini, bekas pemain FC Barcelona, Paris Saint-Germain (PSG) dan Al Hilal itu meluahkan hasrat untuk beraksi dalam Piala Dunia FIFA 2026 yang akan berlangsung di Amerik Syarikat, Kanada & Mexico.

View this post on Instagram

A post shared by CBF • Seleção Brasileira de Futebol (@cbf_futebol)

Featured Image: Facebook FIFA World Cup

Komen