
Legenda bola sepak India, Sunil Chhetri yang menjaringkan 94 gol di pentas antarabangsa – keempat terbanyak dalam sejarah – berpeluang untuk menambah koleksi golnya bersama skuad berjulukan The Blue Tigers.
Ini selepas nama penyerang berusia 40 tahun itu disenaraikan semula oleh ketua jurulatih, Manolo Marquez untuk menyarung jersi skuad kebangsaan India pada Jendela Perlawanan Antarabangsa FIFA pada bulan ini – sembilan bulan selepas mengumumkan persaraannya.
โKelayakan Piala Asia sangat mustahak buat kami. Melihat kepada kepentingan kejohanan dan perlawanan yang mendatang, saya telah berbincang dengan Sunil Chhetri mengenai melakukan kemunculan semula untuk menguatkan skuad kebangsaan. Dia bersetuju dan kami sertakan dia dalam skuad.โ kata Marquez seperti dipetik daripada laman sesawang Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF).
Nama Sunil diselitkan dalam senarai panggilan ke skuad kebangsaan bersama-sama 25 pemain lain pada Selasa lalu bagi menghadapi perlawanan menentang Maldives dan Bangladesh pada 19hb dan 25hb Mac masing-masing.
Pertembungan menentang Maldives merupakan perlawanan persahabatan manakala aksi bertemu Bangladesh adalah perlawanan pertama Kumpulan C bagi pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2027 dengan kedua-duanya berlangsung di Shillong.
Untuk makluman, selain Bangladesh, dua buah lagi pasukan iaitu Hong Kong dan Singapura turut diundi menyertai Kumpulan C.
Sebagai rekod, Sunil merupakan penjaring keempat terbanyak antarabangsa sepanjang zaman selepas Cristiano Ronaldo (135 gol), Lionel Messi (112 gol) dan Ali Daei (108 gol).
The world's third-highest active international goalscorer is back… ๐
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) March 6, 2025
๐ฎ๐ณ Sunil Chhetri will represent India again in the next international window! pic.twitter.com/WziPO1EndI
Featured Image: All India Football Federation