Gelaran Naib Juara Liga Super Milik Selangor FC – Raih RM1.9 Juta & Bolot Slot ACL2
Hafiz Omar

Kelab bola sepak yang diterajui oleh DYTM Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah iaitu Selangor FC mengesahkan gelaran selaku naib juara Liga Super 2024-25 biarpun masih berbaki tiga perlawanan lagi bagi musim ini.
Gelaran itu menjadi milik skuad berjulukan The Red Giants selepas membantai Kelantan Darul Naim FC dengan keputusan 7-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Sabtu.
KEPUTUSAN MASA PENUH – LS21#LigaSuper2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/Or3FQy7TZN
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 8, 2025
Seramai empat pemain yang mencatatkan nama selaku penjaring dimana Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid turut menamatkan kemarau jaringan dengan meledak hatrik pada minit ke-13, ke-45+2 dan ke-66.
Manakala Harith Haiqal pula mencetak jaringan berganda pada minit ke-54 dan ke-56 sementara Quentin Cheng dan Izwan Yuslan menjaringkan satu gol pada minit ke-31 dan ke-73 masing-masing.
📊 Kedudukan terkini Liga Super 2024-2025 | LS23#LigaSuper2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/GAwmLj4ez2
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 8, 2025
Secara matematik, kemenangan tersebut membolehkan Selangor FC mengumpul 46 mata dan ianya sudah tidak dapat dipintas lagi oleh pencabar terdekatnya, Sabah FC yang mempunyai 36 mata daripada 21 perlawanan.
Hasil menamatkan kedudukan selaku naib juara Liga Super, ganjaran wang tunai oleh penganjur sebanyak RM1.9 juta secara keseluruhan turut masuk ke dalam kantung kewangannya disamping membolot slot ke saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) bagi musim 2025-26.
Featured Image: Selangor FC