Liverpool Kembali Sarung Jersi Adidas

March 11, 2025
Bola Sepak

Hafiz Omar

Bermula saingan musim bola sepak musim hadapan, pendahulu Liga Perdana (PL) dengan kutipan 70 mata iaitu Liverpool tidak lagi akan menggunakan persalinan jenama sukan dari Amerika Syarikat iaitu Nike.

Sebaliknya, Liverpool bimbingan Arne Slot itu akan menggunakan kembali persalinan jenama sukan dari Jerman iaitu Adidas sama seperti Arsenal, Manchester United, Fulham, Aston Villa, Leicester City, Newcastle United dan Nottingham Forest.

Perkembangan itu hadir selepas kedua-duanya bersetuju bekerjasama yaang menyaksikan Adidas kembali menjadi Rakan Persalinan Rasmi Liverpool untuk beberapa tahun menadatang.

Kerjasama itu menyaksikan Adidas akan membekalkan persalinan dan pakaian untuk perlawanan, latihan dan lain-lain untuk skuad lelaki dan wanita termasuk pasukan akademi serta staf LFC Foundation bermula 1hb Ogos 2025.

Sebagai rekod, kerjasama ini menyaksikan skuad berjulukan The Reds akan menyarung persalinan dengan corak ikonik berbelang tiga buat kali ketiga dalam sejarahnya selepas era 1985-1996 dan 2006-2012.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd