All England: Pilihan Kedua Kandas Di Pusingan 16
March 14, 2025 Hafizuddin Omar

Beregu lelaki No.1 negara yang diletakkan selaku pilihan kedua bagi Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2025 iaitu Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin gagal melangkah ke peringkat suku akhir.

Ianya susulan gandingan pemain berusia 27 tahun masing-masing terbabit tewas di tangan juara Terbuka Malaysia dan Terbuka Jerman, Kim Won Ho dan Seo Seung Jae pada pusingan 16 sekitar tengah malam tadi (waktu Malaysia).

Pertemuan kedua Sze Fei-Izzuddin dan beregu dari Korea itu menyaksikan mereka tumpas secara “straight set” menerusi skor 16-21 dan 13-21 dalam masa 36 minit sahaja.

Sebelum itu, Sze Fei-Izzuddin berhasil memulakan kempen All England kali ini dengan langkah yang meyakinkan apabila mencatatkan kemenangan secara “straight set” ke atas Kim Gi Jung dan Kim Sa Rang yang juga dari Korea menerusi skor 21-17 dan 21-14 dalam masa 37 minit. 

Sebagai perbandingan, kemaraan sehingga ke pusingan 16 ini merupakan terjauh pernah dilakar Sze Fei-Izzuddin selepas terkandas di pusingan 32 dalam empat edisi All England yang mereka sertai tahun 2024, 2022 dan 2020.

Pada minggu hadapan, Sze Fei-Izzuddin dijadualkan menyertai saingan Terbuka Swiss 2025 – salah satu siri Jelajah Dunia Akhir BWF Super 300.

Featured Image: Facebook VICTOR

Komen