
Perseorangan lelaki No.1 tanah air, Lee Zii Jia tidak akan menyertai kejohanan seterusnya iaitu Terbuka Swiss 2025 yang akan bermula dari 18hb hingga 23hb Mac kelak di Basel, Switzerland.
Ini berikutan pemain yang bakal menginjak usia 27 tahun berkenaan membuat keputusan untuk menarik diri daripada salah satu siri kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 300 terbabit.
Penarikan diri Zii Jia itu dikongsikan sendiri oleh pasukannya, Team LZJ menerusi satu kenyataan yang disiarkan di pelbagai platform media sosial, pada Khamis.
Official Statement.#DareToDream #OwnYourAttitude #BeyondTheLimit #ShuttleHard pic.twitter.com/BbZaEcw5qo
— Team LZJ (@TeamLZJ) March 12, 2025
Pasukannya menjelaskan Zii Jia menarik diri berikutan kecederaan pada buku lali kirinya.
“Zii Jia akan mendapatkan rawatan lanjut sebelum membuat pengumuman mengenai perancangan kejohannya,” tulis kenyataan oleh Team LZJ.
Kenyataan ini juga disiarkan sehari selepas Zii Jia kandas di pusingan 32 di Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England (All England) 2025 susulan tewas di tangan pemain Hong Kong, Ng Ka Long Angus.
Featured Image: Facebook VICTOR