
Perseorangan lelaki negara yang berusia 20 tahun, Justin Hoh menjadi wakil tunggal negara yang melepasi dua cabaran di pusingan kelayakan sakaligus mencetak kemaraan ke babak undian utama di saingan Terbuka Swiss 2025.
Justin bermula dengan melakar kemenangan ke atas pemain Perancis yang menduduki ranking ke-140, Valentin Singer dengan keputusan 21-17 dan 21-19 dalam masa 41 minit di peringkat kelayakan pusingan 16.
Seterusnya, Justin mengejutkan pemain India di tangga ke-46 dunia, Sathish Kumar Karunakaran dengan mencetak kemenangan 21-19, 19-21 dan 21-16 setelah berhempas-pulas selama 69 minit di atas gelanggang.
YONEX Swiss Open 2025
— BWFScore (@BWFScore) March 18, 2025
MS – Qual. QF
21 19 21 🇲🇾HOH Justin🏅
19 21 16 🇮🇳Sathish Kumar KARUNAKARAN
🕚 in 69 minutes
Kemenangan terbabit sekaligus membawanya bertemu perseorangan Jepun yang menduduki ranking ke-25 dunia, Yushi Tanaka – pemain yang pernah menewaskannya di Cabaran Antarabangsa Estonia 2023.
Kemaraan Justin menjadikan Malaysia mempunyai dua wakil dalam kategori perseorangan lelaki beraksi di pusingan 32 termasuk pemain No.2 negara, Leong Jun Hao.
Sementara itu, seorang lagi perseorangan lelaki negara yang bermula dari peringkat kelayakan, Tan Jia Jie, 22 tahun, gagal menempatkan dirinya dalam kelompok 32 pemain terbaik apabila tewas pusingan suku akhir kelayakan di tangan pemain Denmark, Magnus Johannese menerusi skor 17-21 dan 13-21.
YONEX Swiss Open 2025
— BWFScore (@BWFScore) March 18, 2025
MS – Qual. QF
21 21 🇩🇰Magnus JOHANNESEN🥇
17 13 🇲🇾TAN Jia Jie
🕚 in 37 minutes
Terdahulu, Jia Jie bermula dengan langkah kanan menumpaskan Mathias Solgaard pada pusingan 16 kelayakan menerusi skor 21-19, 10-21 dan 21-16 adalam masa satu jam dan tiga minit.
Featured Image: Badminton Association of Malaysia