Jefri Ketua Pengarah MSN Ke-10, Ganti Abdul Rashid Yaakub
Hafiz Omar

Majlis Sukan Negara (MSN) mengumumkan pelantikan Jefri Ngadirin sebagai Ketua Pengarah MSN yang baharu menggantikan Abdul Rashid Yaakub yang akan tamat kontrak pada 3hb April kelak.
Pelantikan Jefri sebagai Ketua Pengarah MSN Ke-10 yang akan berkuatkuasa pada 4hb April 2025 diumumkan ketika Mesyuarat Lembaga Pengurusan MSN dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh di Bukit Jalil, pada hari ini.
Jefri, 52 tahun, memulakan kerjaya di MSn sebagai pegawai di Bahagian Pembangunan Pembangunan pada 1993. Kemudiannya, beliau menyambung pengajian ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan di University of Miami, Florida, Amerika Syarikat sebelum kembali meneruskan khidmat di MSN pada 1999.
Antara tanggungjawab dipikulnya dalam MSN adalah Ketua Unit Sukan Teras, Pengarah Cawangan Pelapis dan Pengarah Bahagian Atlet sebelum dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) pada 8hb Januari 2024.
Featured Image: Majlis Sukan Negara Malaysia